Thursday 9 July 2015


Assalamualaikum

Selesema merupakan gejala biasa yang mudah atau kerap dihidapi oleh kita. Ia adalah satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selesema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk, bersin atau dengan sentuhan langsung.




Sekiranya kita menghidapi gejala selesema ini, kita sebenarnya boleh merawatnya tanpa perlu ambil ubat di klinik atau farmasi.
Jadi, kali ini saya kongsikan petua merawat selesema secara semulajadi :

  • Ambil beberapa helai daun sirih dan cuci bersih. Tumbuk atau hancurkan daun sirih untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya. Ramuan tersebut dapat melegakan selesema dan melancarkan pernafasan.

  • Perah sebiji limau nipis ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula. Kacau dan minum campuran tersebut.

  • Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

  • Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam.

Ok, itulah antara petua-petua yang sesuai dan sangat bagus untuk kita mencubanya.
Namun, ada juga alternatif lain yang boleh kita amalkan untuk elakkan daripada makan ubat sekiranya menghidapi selesema. Caranya, dengan mengambil vitamin C secara konsisten pada setiap hari. Ini kerana, vitamin C membantu untuk meningkatkan sistem imun kita. Tetapi, vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Jadi, kita perlu dapatkannya dengan memakan buah-buahan dan sebagainya..

Seperti saya dan keluarga, memang sebolehnya kami akan elakkan makan ubat. Kami akan pastikan vitamin C diambil setiap hari, namun kami akui kekadang memang tak dapat makan buah secara konsisten pada setiap hari. Jadi, apa yang kami buat, kami akan makan 1-2 biji vitamin C semulajadi Shaklee setiap hari. Alhamdulillah, dengan pengambilan secara konsisten, kami dapat rasa keberkesanannya, bila rasa nak selesema atau demam, cepat2 kami ambil lebih dalam 2 biji, pasti ia akan segera hilang dan kami bersyukur kesihatan juga bertambah baik dan tidak mudah demam, dengan izin Allah jua. Bagi sesiapa yang belum amalkan dan ingin dapatkan vitamin C ini, boleh hubungi saya...nanti saya share dan bantu ye.

Akhir kata, saya kongsikan salah satu fungsi atau kebaikan vitamin C Shaklee ini iaitu :
Membantu meningkatkan sistem imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
Buat pengetahuan semua, vitamin bukan ubat ye. Vitamin inilah yang akan melengkapkan nutrisi keperluan badan yang mungkin ada yang kurang daripada makanan yang kita ambil.

Semoga tips ini bermanfaat buat semua :)

Wassalam


Azean :)
013-9415831

0 comments:

Post a Comment