Friday 10 July 2015


Assalamualaikum

Untuk mendapatkan anak yang baik dari segi rupa dan akhlaknya, semuanya perlu dididik bermula sejak awal lagi. Sejak sebelum hamil, ketika hamil dan seterusnya selepas anak dilahirkan. Dikongsikan antara surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu bapa, terutama buat ibu-ibu yang sedang hamil. Ini kerana, ayat-ayat Al-Quran sangat memberi kesan untuk menerangkan hati, bukan sahaja kepada kita malah buat anak yang masih berada di dalam kandungan.




Antara surah-surah yang boleh kita amalkan :

  • Surah al-Fatihah
    Untuk terangkan hati dan kuatkan ingatan

  • Surah Maryam
    Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat

  • Surah Luqman
    Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

  • Surah Yusuf
    Untuk memperoleh anak yang cantik rupa paras dan cantik akhlak

  • Surah al-Hujurat
    Untuk memperbanyakkan susu ibu dan memperoleh anak yang bersifat berhati-hati

  • Surah Yasin
    Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

  • Surah at-Taubah
    Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat

  • Surah an-Nahl
    Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan surah-surah ini secara konsisten. Apa-apa pun, kita mesti yakin bahawa segalanya adalah dengan izin Allah. Kita perlu ikhlas dan yakin untuk mengamalkan bacaan ini adalah semata-mata kerana Allah. Sesungguhnya, anak-anak kita akan belajar melalui contoh teladan ibu dan ayahnya. Jika kita sentiasa membaca Al-Quran dan sentiasa berakhlak mulia, InsyaAllah anak-anak kita pasti akan mengikuti keteladanan tersebut dan semoga mereka akan mempunyai keperibadian yang lebih baik lagi.

Jom kita hidupkan Al-Quran dalam hati seluruh ahli keluarga kita.
Semoga info ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama :)

0 comments:

Post a Comment