Sunday 9 August 2015


Assalamualaikum

Pada hari ini, tergerak hati untuk saya berkongsi tentang amalan menjemput rezeki. Ilmu ini, saya dapat melalui seorang sahabat yg menyertai Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Sebenarnya, konsep atau makna rezeki ini sangat luas, bukan sekadar kewangan sahaja tetapi termasuklah kasih sayang, ketenangan, kesihatan dan jua ibadah. Kadang-kadang, kita rasa masih tidak tenang atau masih tidak cukup duit walaupun kita dah ada pekerjaan atau sumber pendapatan. Jadi, untuk mendapatkan ketenangan dan kecukupan rezeki...mari kita mulakan amalan-amalan yang berikut.

InsyaAllah, walaupun kita tak dapat ikut semua, tapi paling tidak kita jangan tinggalkan semua.
Buatlah sedikit-sedikit terlebih dahulu dan yang penting istiqomah/berterusan.
Seterusnya dan sebaiknya, bolehlah kita usahakan utk amalkan semuanya sekali.




AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG MESTI BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manfaat kepada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintalah semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Minta semua pada Allah.. Minta yg besar2 terus sebab Allah Maha Kaya Maha Pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada seorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain-lain...

⛔ Formula YAKIN ⛔
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pergi ambik wuduk pula.. Lepas dah jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

⛔ TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luar biasa dari Allah..



Jom semua (termasuk saya terutamanya) untuk berusaha amalkan dan terus istiqomah dalam menjaga hubungan kita dengan Pemberi Rezeki dengan sebaiknya.

Semoga bermanfaat untuk semua :)

0 comments:

Post a Comment