Wednesday 3 February 2016

Assalamualaikum

Buat para wanita yang sedang hamil buat kali pertama, mesti nak tahu tips untuk bersalin dengan mudah dan boleh kurangkan rasa sakit. Jadi, di sini saya kongsikan tips daripada pengalaman sebenar yang telah dilaksanakan oleh seorang sahabat saya. Tips ini memang sangat membantu dan berkesan. Semoga bermanfaat dan menjadi panduan buat kalian yang sedang menanti detik untuk melahirkan anak.



Tips bersalin dengan mudah


Tips mudah kurangkan sakit bersalin :


1. Doa sebanyaknya minta Allah permudahkan perjuangan kita untuk melahirkan anak secara normal.

2. Solat seperti biasa sampai waktu nak melahirkan, jika masih mampu. Elakkan solat duduk..(jangan manjakan diri)..

3. Exercise yang sesuai untuk ibu mengandung..seperti buat yoga dan belly dancing.. (membantu kelenturan badan dan elakkan cramp dan lenguh)

4. Sampai masa contraction boleh buat belly dancing sambil tahan sakit..InsyaAllah jalan cepat buka.


5. Masa dah mula sakit contraction tu, kerapkan makan kurma dan minum air. Untuk tenaga. Kalau boleh sebelum pergi hospital, makan dulu bagi kenyang. (jika tak lalu makan sangat, minumlah ESP Shaklee bagi kenyang dan bertenaga)


6. Kerap mandi air suam masa mula sakit contraction. Membantu kurangkan rasa sakit dan mempercepatkan bukaan laluan.

7. Amalkan surah Maryam. Memang tak boleh dinafikan berkesan.

8. Masa sakit sangat masa contraction, zikir je. Ya Fatah, Ya Rahman, Ya Rahim..

9. Kawal pernafasan. Masa contraction tak kerap boleh deep breath. Masa dah kerap short breath. Yang ni pun berkesan.

10. Jangan tahan sakit/lawan sakit. Tapi layan sakit tu..Feel the pain sambil zikir dan control breath.. Imagine servik terbuka perlahan-perlahan. Boleh juga bayangkan servik terbuka macam kudup bunga berkembang jadi bunga yang mekar dan cantik.. Jangan ingat sakit.. Tapi ingat baby yang comel dan sihat nak keluar jumpa kita :)

11. Masa contraction, gunakan suami sepenuhnya. Minta suami sapu minyak dan urut-urut di kawasan lower back/pinggang.. Urut betis.. Position masa tahan sakit boleh google. Suruh suami suapkan makanan kalau tak mampu suap sendiri.

InsyaAllah, kita usaha sebaiknya dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
Semoga dipermudahkan.


Norazean Musa (Shaklee ID : 997702)

FB : Norazean UmmuYusuf

Pages : Diari Sihat

Email : norazeanmusa86@gmail.com
No hp : 013-9415831 (Azean)


0 comments:

Post a Comment