Saturday 7 May 2016



Secara umum, detoks adalah bertujuan untuk membuang toksin daripada badan.
Detoks program atau program body cleanse ni sebenarnya agak sukar dan kadang-kadang boleh buat stress sebab kena tinggalkan makanan-makanan yang biasa kita makan.

Tapi, jangan risau sebab kita pasti boleh berjaya melaluinya apabila kita mengikuti 10 checklist yang dinyatakan ini :)


1. Pilih Meal Plan yang kita boleh ikut dan patuh.
Mungkin minum jus selama 10 hari akan buat kita tertekan? Kita boleh ikut plan 7 hari yang lain. Tapi apa pun ini semua berbalik kepada individu itu sendiri. Seeloknya pilih pelan yang ada makanan solid seperti buah dan sayuran. Dengan mengurangkan kerja-kerja pencernaan, tubuh ada lebih banyak tenaga untuk benda lain.

2. Psiko diri sendiri 3 hari sebelum mula pelan detoks.
Sebenarnya berdetoks tu lebih banyak pakai kekuatan mental dari kekuatan fizikal. Kalau minda tak bersedia, tubuh akan gagal dengan sendirinya.

3. Berehat.
Cuba bayangkan tubuh kita macam tangki minyak kereta. Kurang minyak maka kuranglah tenaga, lebih-lebih lagi 3 hari pertama detoks. Waktu ni elakkan bekerja terlalu kuat, atau mungkin nak masuk larian marathon? no no..pastikan anda dapat 8 jam tidur malam dan jangan berlebih-lebihan pakai tenaga di siang hari.

4. Hidrasi.
Kalau biasanya kita minum 8 gelas air sepanjang hari, semasa detoks patut up kan jadi 2L sehari. Fungsi tubuh akan jadi lebih baik dan akan keluarkan lebih banyak toksin.

5. Bersenam ringan, tapi jangan berlebih-lebihan.
Senaman paling sesuai ialah yoga, pilates atau berjalan-jalan di taman. Berehat tapi tak bermakna kita kena tidur atas katil sepanjang hari. Tubuh kita masa detoks masih perlukan pergerakan dan regangan.

6. Buang apa saja makanan yang mengganggu fokus detoks.
Makanan dalam tin, dessert, nugget, aiskrim, coklat semuanya harus dikeluarkan dari rumah/dapur. Gantikan dengan makanan sesuai detoks sahaja. Ini semua akan mengganggu konsentrasi.

7. Rancang nak buat apa kalau ada masa terluang.
Selalunya bila ada masa terluang kita akan pergi ke dapur untuk bikin teh tarik atau sandwich cheese. Jadi semasa detoks , masa lapang ni nak buat apa ya. Mungkin boleh mula main game candy crush ke, hihi? Contoh je...

8. Side effect - Ia memang ada!
Tengok diet asal kita ye. Apa yang kita buang bila berdetoks? Selalunya siapa yang berhenti minum kopi, akan merasa sakit kepala pada hari-hari awal. Tapi kalau kita teruskan sahaja pelan itu, lama-lama kita akan rasa makin baik.

9. Kurangkan stress sepanjang tempoh detoks.
Ini khusus untuk mereka yang suka makan bila rasa stress. Kalau sakit kepala memang ramai akan give up dan makan je makanan kegemaran. Mungkin kita nak mulakan detoks di hujung minggu jadi stress tak teruk sangat pada hari pertama dan kedua. Kemudian dah boleh manage.

10. Jangan la makan nasi lemak terus lepas habis program detoks!
Sayang sahaja selepas seminggu makan makanan yang bersih dan segar. Dan dah lose pun kg. feeling pun rasa syok. Pada pengalaman saya lepas habis detoks, saya tak teringin pun nak makan makanan terproses. Badan dah terbiasa dengan makanan semulajadi dan bersih, bila makan benda yg tak berapa bersih -- terus badan mengamuk, berangin dan sebagainya :)

Sumber : FB Page - Lega Beb

Selamat berdetoks dengan penuh ceria :)



With love :) Norazean Musa 013-9415831


0 comments:

Post a Comment