Friday 6 May 2016

Eat Clean vs Detox Diet

EAT CLEAN vs DETOX DIET

Ramai yang keliru antara eat clean dengan detox diet. Sama ke tak sama ke, boleh tukar-tukar ke. Eh, apa benda eat clean, apa benda detox diet...?

Mula-mula kita faham konsep dulu.

Eat clean (senang faham) -- makanan yang seboleh-boleh dalam bentuk yang paling asli, jalani pemprosesan yg minima, serta tak guna bahan-bahan sintetik. Makan dengan cara sihat cukup semua makro dan mikronutrient dgn 6 meals setiap hari.

Contoh, kalau kita beli roti, cuba check bahan-bahan dia. Macam-macam benda yang kita nak sebut pun tak reti kan? Confirm tak clean.
Tapi kalau kita buat sendiri, kita cuma guna tepung, garam, gula, yis, air. Tepung tu pulak yang unbleached & organik, garam gula guna sikit je, & air pulak yang ditapis dengan Get Clean Water Pitcher. Ini baru clean.

Detox diet (senang faham) -- makanan yang membantu proses pengeluaran bahan yang tak perlu dalam badan kita.
Contohnya kita nak bersihkan usus, kita makan berkonsepkan fiber supaya usus kita boleh bekerja dengan lebih senang untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tersangkut dalam usus kita.

Kita sebolehnya amalkan clean eating setiap masa, dan masa buat detox diet pun pakai konsep eat clean juga cuma menu dia tu ikut menu detox.


Sumber : Fb - Lyna Noh



With love :) Norazean Musa 013-9415831

0 comments:

Post a Comment